Sekolah Kami

SEJARAH SEKOLAH



SMK Taman Fajar mula dibuka untuk beroperasi pada Disember tahun 1992 dengan memiliki dua bangunan utama. Pada ketika itu, hanya terdapat pelajar Tingkatan satu (4 kelas), Tingkatan dua (1 kelas) sahaja. PMR dan SPM bermula pada tahun 1993. Pada peringkat awal, sekolah ini diberi nama SMK Sandakan II yang hanya menempatkan pelajar lelaki dengan hanya 3 orang guru. Kemudiannya sekolah ini diubah kepada SMK Taman Fajar.Pada awalnya keadaan infrastruktur seperti jalanraya masih belum sempurna lagi dengan kawasan sekolah yang serba kekurangan. Sebelum pengetua pertama menerajui sekolah ini, Encik Busu seorang Penyelia Pendidikan Daerah pada waktu itu diberi tanggungjawab sebagai pengurus sementara mentadbir sekolah. Pada tahun 1993, En. Makhatar Che Haron telah dilantik sebagai pengetua pertama. Kerjasama erat yang terjalin telah membantu menjadikan sekolah ini berkembang maju. Kini pada tahun 2008, bilangan gurunya telah menjadi 53 orang, 8 orang kerani dengan kapasiti pelajar seramai 1,032 orang.





LOGO SEKOLAH







LAGU SEKOLAH

BERDISIPLIN DAN BERILMU,
COGAN KATA SEKOLAH KAMI,
SMK TAMAN FAJAR,
MEMBENTUK NILAI KAMI,

DENGAN TEKAD DAN IKTIZAM,
AKAN KAMI TUNAIKAN,
NILAI MURNI DALAM WAWASAN,
DEMI SEKOLAH GEMILANG,

KAMI BERBANGGA,
MENJADI WARGAMU,
KAMI BERJANJI,
MENUANIKAN AMANAH YANG DI BERI




MISI SEKOLAH

Memberikan pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang cemerlang berlandaskan Falsafah pendidikan Kebangsaan

VISI SEKOLAH

Sekolah menengah Kebangsaan Taman Fajar menjadi sekolah cemerlang dalam sandakan 2013


No comments :

Post a Comment

Perhatian!Admin tak ada buat sementara waktu harap bersabar ok . enjoy blogging.

Twitter Bird Gadget